Kenali Asas Penulisan Akademik
JOM!
KENALI
ASAS
​PENULISAN
AKADEMIK
7 November 2026 (Sabtu)
10:00 - 12:00 tengah hari
RM30
Terbuka kepada pelajar universiti, bakal pelajar universiti, serta individu yang ingin memperkukuhkan kemahiran penulisan ilmiah mereka.
AI boleh membantu anda menulis... Tetapi, adakah anda faham apa yang ditulis?
Hari ini, AI boleh membantu kita menjana idea, membina rangka esei, menyusun perenggan, merumuskan bahan bacaan, malah menyemak dan menambah baik penulisan akademik. Semuanya kelihatan begitu mudah, bukan?
Â
Tetapi, bagaimana kita tahu sama ada hasil penulisan itu benar-benar baik? Adakah hujah yang dibina jelas? Adakah maklumat daripada sumber digunakan dengan betul? Adakah setiap perenggan mempunyai tujuan? Dan adakah rujukan yang diberikan benar-benar menyokong apa yang ditulis?
Dan yang lebih penting, adakah itu benar-benar hasil pemikiran anda?
Dalam dunia yang semakin memudahkan proses penulisan melalui AI, adakah kita masih memahami bagaimana sesuatu penulisan akademik dibina? Mampukah kita menyusun idea, mengembangkan hujah dan menghasilkan penulisan ilmiah dengan pemahaman sendiri?
Melalui webinar JOM! Kenali Asas Penulisan Akademik, kita kembali kepada perkara yang paling asas: bagaimana merancang penulisan, membina rangka esei, mengembangkan perenggan, mengintegrasikan maklumat daripada sumber dan menggunakan rujukan dengan betul.
Kerana penulisan akademik bukan sekadar menghasilkan teks yang kelihatan ilmiah, tetapi memahami apa yang kita tulis, mengapa kita menulisnya dan bagaimana kita menyokongnya.
Jom kenali asasnya!
