Kenali Asas Penulisan Akademik
FAQs
Apa sebenarnya penulisan akademik? Mengapa ia penting dan apakah yang perlu kita ketahui sebelum mula menulis? Mungkin ada persoalan yang pernah terlintas dalam fikiran anda. Di sini, kami kongsikan jawapan kepada beberapa soalan lazim tentang penulisan akademik serta perkara yang boleh anda jangkakan daripada webinar ini.
Penulisan akademik merupakan cara penulisan formal yang sering kali digunakan dalam universiti dan penerbitan berilmiah. Ia merupakan bentuk penulisan yang digunakan untuk menyampaikan idea, penemuan, atau hujah secara sistematik dan berdasarkan bukti. Ia adalah genre penulisan formal yang bertujuan untuk mendidik, mempengaruhi, atau memberikan sumbangan kepada pengetahuan dalam disiplin tertentu.
Tahukah anda cabaran penulisan akademik merupakan cabaran utama pelajar di universiti? Kajian mendapati pelajar bergelut dengan penggajian universiti terutamanya bagi pelajar yang bahasa Inggerisnya merupakan bahasa kedua. Ini adalah kerana mereka tidak bersedia dengan sistem penulisan akademik serta jangkaan tinggi universiti.
Penulisan akademik di peringkat universiti adalah amat penting kerana ia akan membentuk asas kepada pembelajaran dan pemikiran kritikal pelajar. Ia membantu pelajar mengasah kemahiran menganalisis, menyusun idea secara sistematik, dan menyokong hujah dengan bukti yang sahih. Selain itu, penulisan akademik melatih pelajar untuk mematuhi etika akademik, seperti mengelakkan plagiarisme melalui penggunaan rujukan yang betul. Kemahiran ini bukan sahaja relevan untuk pencapaian akademik tetapi juga menyediakan pelajar untuk menyumbang kepada dunia profesional dengan lebih berobjektif, beranalitikal dan berwibawa.
Perbezaan antara penulisan biasa, formal, dan akademik terletak pada tujuan, gaya, dan keperluan sokongan bukti.
-
Penulisan biasa lebih santai. Ia menggunakan bahasa harian tanpa struktur khusus yang lebih sesuai untuk komunikasi umum.
-
Penulisan formal pula bersifat profesional. Bahasanya sopan dan teratur. Ia digunakan dalam komunikasi rasmi atau laporan kerja.
-
Penulisan akademik merupakan penulisan teknikal dan bersistematik, menggunakan gaya formal, struktur tersusun seperti pengenalan dan kesimpulan, dan hujahan sentiasa disokong oleh bukti dan rujukan penyelidikan dan pihak berwibawa.
Boleh! Namun ia perlu disesuaikan dengan target audience.
Â
Dalam komunikasi harian, kemahiran mencari maklumat dan mengulasnya dengan kritikal adalah penting supaya kita tidak hanya sekadar menulis tanpa usul periksa. Selain itu, penulisan juga akan menjadi lebih bersistematik dan maklumat akan disampaikan dengan jelas dan meyakinkan.
Â
Dalam dunia profesional, kemahiran ini sangat berguna terutamanya dalam penyediaan laporan teknikal, cadangan projek, dan pembentangan kepada pihak berkepentingan. Penguasaan penulisan akademik akan meningkatkan kredibiliti dan profesionalisme di mana ia boleh membantu membuat keputusan serta mempengaruhi pihak berkepentingan dengan berkesan.
Dalam pelbagai situasi seperti:
-
Menyiapkan Tugasan: Penulisan esei, laporan, dan analisis
-
Menulis FYP atau Tesis: Untuk menyampaikan hasil penyelidikan secara sistematik dengan rujukan berilmiah
-
Penyediaan Kertas Kerja: Untuk pembentangan seminar atau persidangan akademik.
-
Menyediakan Artikel Akademik (Sekiranya pelajar terlibat dalam penerbitan jurnal)